Sunday, January 30, 2011

31/1/2001
ISU: FESYEN

Stailista yang diterajui editor fesyen murai.com.my, Haswari Ali atau lebih dikenali sebagai Detektif Stailista telah diundang sebagai panel oleh program bual bicara terkini lagi trendy terbitan stesen TV NTV7 iaitu Bella.

Berbicara mengenai 'Di Mana Hala Tuju Pereka Fesyen Muda Tempatan' rancangan secara langsung yang dikendalikan oleh pembawa acara yang juga bekas Ratu Cantik Malaysia, Deborah Henry itu semakin hangat apabila turut mengundang 2 lagi panel utama.

Mereka adalah 2 individu yang boleh diklasifikasi sebagai pemangkin kebangkitan industri fesyen tanah air iaitu Datuk Nancy Yeoh dan juga pereka fesyen berbakat besar Tengku Syahmi T.Mahmood.

Bukan sekadar bual bicara biasa, Bella yang disiarkan selama setengah jam itu nyata membangkitkan pelbagai isu menarik berhubung perkembangan dunia fesyen tempatan dan bagaimana peranan 3 individu berkenaan menguasai pentas fesyen serta selebriti tanah air.

Detektif Stailista nyata mempunyai pandangannya tersendiri berhubung isu yang diperbincangkan, selain turut berkongsi sedikit sebanyak pengalaman sepanjang bergandingan bahu ke bahu bersama selebriti dan pereka fesyen tanah air.

Selain Deborah, rancangan yang direalisasikan oleh penerbit kanan program itu, Intan Noorbaizura turut menampilan 3 jelitawan bijak berbicara iaitu Elaine Daly, Daphne Iking dan Shasha Saidin.

Disiarkan secara langsung dari Studio 3 NTV7, Glenmarie Shah Alam, Bella bersiaran dari Isnin hingga Jumaat pada jam 11.30 pagi, manakala Ahad disiarkan jam 1.30 petang.

Konsep Bella hampir sama dengan program wanita lain, bagaimanapun dizahirkan dalam Bahasa Inggeris yang membicarakan isu yang ada kaitan dengan isu wanita.

Ikuti temubual Bella bersama Detektif Stailista yang disiarkan secara eksklusif menerusi stesen NTV7

No comments:

Post a Comment