5 PERKARA ROSAKKAN AKIDAH MUSLIMAH
Menurut Dr. Aidh Al- Qarni dalam sebuah coretannya khusus buat Muslimah bertajuk As'Ad Al-Mar'ah Fil Alam berkata:
"Jangan biarkan hatimu dihancurkan oleh tanganmu sendiri."
BAGAIMANA KITA BOLEH MENGHANCURKAN DIRI SENDIRI?
Segala-galanya menerusi hati..
Jangan resah dan gelisah - usah selalu mengeluh dengan keadaan kerana ramai lagi yang lebih malang berbanding kita
Jangan sedih dan berasa derita - Hapuskan perasaan ini dengan beristighfar, berdoa, dan mohonlah pertolongan daripada ALLAH swt
Jangan lemah dan malas - Aktifkan diri dengan ibadat, berzikir, mencari ilmu, bekerja dan beriadah
Jangan banyak berhutang - Nafsu jika dituruti kita tidak akan puas, akibatnya hidup tidak akan tenteram jika terlalu mengejar harta, pangkat dan duniawi
Jangan kedekut dan pengecut - Rezeki yang ALLAH beri bukan milik peribadi kerana padanya ada hak orang miskin dan anak yatim. Begitu juga dengan tanggungjawab terhadap ibu bapa kerana keredaan ALLAH juga bergantung pada keredaan mereka
Baginda Rasullullah saw mengajar doa untuk selamatkan diri daripada lima perkara diatas:
"Ya ALLAH, aku berlindung kepada-MU daripada rasa resah, dari sedih dan derita, dari kelemahan dan kemalasan, dari sifat kedekut dan pengecut dan dari lilitan hutang dan tekanan orang".
Sumber: Annur- Feb 2010
Sekadar renungan kita bersama, juga peringatan untuk diri kami sendiri..
No comments:
Post a Comment